Deskripsi Iklan
SAYA ATAS NAMA ANDRI NUSANTARA SELAKU ADMIN MENGUCAPKAN TERIMAKASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA PADA BLOG INI

Sabtu, 10 April 2010

Alkana

ALKANA

       Alkana merupakan hidrokarbon alifatik atau hidrokarbon tepu. Formula am alkana ialah CnH2n+2 dengan n=1,2,3,... dan merupakan siri homolog hidrokarbon yang penting. Susunan elektron karbon ialah 2.4 atau 1s2 2s2 2p2 dan boleh menerima sehingga empat ikatan. Dalam alkana, setiap atom karbon terikat kepada empat atom lain dan ia tidak boleh menerima lagi atom hidrogen. Semua atom dalam satu-satu alkana membentuk ikatan tunggal sahaja iaitu ikatan σ (sigma). Ikatan ini terletak di antara satu atom karbon dengan atom karbon lain ataupun dengan atom hidrogen. Sudutnya pula ialah 109.5o.

       Alkana adalah agak stabil terhadap tindak balas kimia, dan ia bersifat kurang reaktif kerana atom-atomnya terikat antara satu sama lain dengan kuat. Ia tidak bertindakbalas dengan air bromin atau larutan kalium manganat (VII) berasid tetapi bertindakbalas dengan halogen dalam cahaya ultralembayung.

       Ia menghasilkan sedikit jelaga apabila terbakar berbanding dengan alkena disebabkan oleh peratus karbon dalam molekulnya yang lebih rendah.

Sifat Kimia Alkana
 
-  Diikat dengan ikatan kovalen.
- Bertindak balas dengan halogen seperti gas klorin dan membentuk monokloroetana, dikloroetana,                    trikloroetana dan tetrakloroetana dalam kehadiran cahaya ultralembayung. Penukargantian telah berlaku.
-  Menghasilkan karbon dioksida dan air apabila dibakar secara lengkap. Pembakaran yang tidak lengkap          akan menghasilkan karbon dan karbon monoksida.
-  Tindak balas yang dijalani oleh alkana biasanya melalui mekanisme radikal bebas.
-  Boleh diprotonkan dengan asid super (super acids).
 














1 komentar:

  1. cut sri wulandari23 Juli 2011 pukul 01.15

    bahasa nya masih sedikit aneh ya..
    itu bukan bahasa sendiri kan?

    BalasHapus

Terima Kasih atass Kunjungan anda di MawarKuning.com